KUALA LUMPUR 21 Julai – Skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan mungkin akan menyaksikan perlawanan bola sepak Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang di kaca televisyen jika gagal mengumpulkan sekurang-kurangnya 18 pemain secara minimum. Jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee berkata, jumlah tersebut ‘diwajibkan’ bagi membentuk pasukan untuk bertanding dalam kejohanan tersebut, namun jika gagal tindakan menarik diri adalah langkah terbaik. Bagi mengelakkan situasi tersebut berlaku, pengendali dari Melaka itu berharap semua pasukan…










