KUALA LUMPUR 24 Julai – Ekonomi global yang kukuh dan kenaikan harga minyak akan meningkatkan kos perjalanan udara pada tahun 2019, dengan tambang diunjur meningkat 2.6 peratus dan kadar penginapan hotel naik sehingga 3.7 peratus walaupun terdapat risiko daripada perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China. Menurut unjuran tahunan perjalanan perniagaan yang dikeluarkan Carlson Wagonlit Travel (CWT) dan Global Business Travel Association (GBTA), di beberapa buah negara termasuk India,…










