KUCHING 31 Julai – Kerajaan Sarawak akan memansuhkan pembayaran tambang feri di negeri ini pada tahun depan bagi membolehkan pengguna terutama luar bandar menikmati kemudahan itu secara percuma. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, sebelum ini, ketika zaman Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau Tok Nan memerintah, beliau sudah memansuhkan semua tol di negeri ini. Katanya, apabila beliau menggantikan Tok Nan, polisi meringankan beban rakyat diteruskan dan…