Taiwan keluarkan amaran taufan Maria - Utusan Malaysia

Taiwan keluarkan amaran taufan Maria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI 9 Julai – Kerajaan Taiwan telah mengeluarkan amaran bakal berlaku Taufan Maria selain kemungkinan runtuhan lumpur dan banjir bakal berlaku.

Taufan Maria berada pada jarak 1,100 kilometer di timur-tenggara ibu negara Taipei dengan kelajuan angin mencecah 200 kilometer sejam pada jam 2.30 petang waktu tempatan.

Ombak pula mula membadai pantai utara dan timur pulau itu manakala biro cuaca meramalkan impak taufan akan menjadi lebih kuat pada malam ini dan pagi esok.

Menteri Dalam Negeri, Yeh Jiunn-rong berkata, pihaknya menggesa orang awam agar berjaga-jaga selain memberi kerjasama dengan sebarang aktiviti pemindahan.

Katanya, setakat ini tiada pemindahan dibuat namun Yeh memberi amaran bahawa hujan lebat mungkin menyebabkan risiko banjir dan runtuhan lumpur.

Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan telah mengumumkan lebih 30,000 tentera bersiap sedia bagi membantu menangani bencana itu. -AFP.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN