SAUDARA PENGARANG, UCAPAN setinggi-tinggi tahniah harus diberi kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di atas pelantikan beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan kerana satu lagi sejarah telah tercipta. Dengan usia baru 25 tahun menjadikan pelantikan beliau sebagai menteri yang termuda dalam sejarah barisan menteri Kabinet Kerajaan Malaysia. Kepercayaan yang diberi oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk melantik Syed Saddiq adalah suatu pencapaian baharu dalam kesinambungan belia membawa…










