Tafsiran anggota pentadbiran diperluas - Tun Mahathir - Utusan Malaysia

Tafsiran anggota pentadbiran diperluas – Tun Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri Kabinet dan wakil rakyat dari parti pemerintah kini diklasifikasikan sebagai sebahagian anggota pentadbiran dalam usaha membendung gejala rasuah.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pindaan akan dibuat ke atas Kod Etika Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen Kerajaan bagi membolehkan tafsiran Anggota Pentadbiran diperluas.

Beliau berkata, melalui angkah itu, mereka tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika memiliki aset dan pendapatan yang tidak dapat dijelaskan puncanya.

“Jika terima hadiah perlu dilapor kepada pihak bertanggungjawab kalau ada pemberian yang tidak dibenarkan maka tidak boleh diterima oleh menteri-menteri, atau Perdana Menteri dan Timbalan Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah kali kedua di sini hari ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN