Tabung Harapan Malaysia peringkat Istana Negara dilancar - Utusan Malaysia

Tabung Harapan Malaysia peringkat Istana Negara dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Istana Negara hari ini melancarkan kutipan Tabung Harapan Malaysia (THM) sebagai usaha membantu kerajaan mengurangkan hutang negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab. Aziz berkata, pelancaran THM peringkat Istana Negara itu juga merupakan manifestasi solidariti dan kebersamaan 650 warga istana terhadap titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V untuk menyumbang 10 peratus gaji dan emolumen Seri Paduka setiap bulan bagi membantu mengurangkan hutang negara.

“Tiada sebarang sasaran yang ditetapkan bagi kutipan tabung ini kerana yang penting adalah semangat warga Istana Negara untuk membantu negara yang tercinta ini. Kutipan tabung akan berlangsung selama dua minggu bermula hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran THM Peringkat Istana Negara, di Istana Negara, di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, inisiatif pelancaran tabung itu turut dilaksanakan atas semangat patriotisme warga Istana Negara bersempena dengan bulan kemerdekaan Ogos depan.

Terdahulu Wan Ahmad Dahlan mendahului 150 warga Istana Negara yang hadir pada majlis menyumbang kepada THM. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN