Syed Saddiq setuju penangguhan MyBrain15 perlu dikaji semula - Utusan Malaysia

Syed Saddiq setuju penangguhan MyBrain15 perlu dikaji semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Julai – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersetuju bahawa keputusan penangguhan program biasiswa MyBrain15 perlu dikaji semula.

Syed Saddiq berkata, perkara itu adalah kerana biasiswa merupakan pelaburan masa depan kerajaan terhadap golongan muda.

“Saya setuju dan akan bangkitkan isu ini dalam jemaah menteri. Biasiswa untuk anak muda golongan sasaran teramat penting,” katanya melalui laman Twitter miliknya hari ini.

Beliau membalas satu status netizen yang memohon agar para menteri mengkaji semula keputusan penangguhan biasiswa tersebut kerana sasaran penerima yang kebanyakannya adalah mahasiswa yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dalam satu program bual bicara kelmarin berkata, program biasiswa MyBrain15 terpaksa ditangguhkan dengan alasan kerajaan kini terpaksa menanggung hutang yang terlalu banyak dan keadaan kewangan negara yang tidak mengizinkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN