Sungai Kandis: PKR tidak goyang Pas gabung berkempen dengan BN - Utusan Malaysia

Sungai Kandis: PKR tidak goyang Pas gabung berkempen dengan BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 23 Julai – Calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni tidak goyang sekiranya Pas bergandingan dengan Barisan Nasional (BN) untuk berkempen di kawasan tersebut.

Mohd. Zawawi yang juga merupakan Setiausaha Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama parti itu berkata, terserah kepada Pas sekiranya mereka hendak bergabung kerana itu hak masing-masing.

“Bagaimanapun, kita yakin kesemua pengundi Pas yang mengundi mereka akan memihak kepada kepada saya.

“Ini kerana mereka mahu seorang pemimpin yang mempunyai pemikiran Islam dan sahsiah baik untuk menjadi ketua,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

PRK Sungai Kandis menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Datuk Lokman Noor Adam, Mohd. Zawawi dan K. Murthy (Bebas).

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong selepas kematian penyandangnya, Mat Shuhami Shafie yang meninggal dunia akibat kanser limfoma, 2 Julai lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, 9 Mei lalu, PKR menang dengan majoriti 12,480 undi menewaskan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari, Mohd. Yusof Abdullah (Pas) dan Hanafiah Husin daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN