KUALA TERENGGANU 9 Julai – Kepupusan sumber laut di perairan Vietnam mendorong nelayan negara itu tidak serik menceroboh perairan Malaysia meskipun terdedah dengan tindakan perundangan termasuk bot dirampas dan dilupuskan. Lokasi tumpuan mereka ialah sekitar kawasan pelantar minyak yang dianggap lubuk ikan dan sotong daripada pelbagai spesies berkualiti bagi meraih keuntungan besar. Terbaharu, Sabtu lalu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu menahan dua bot nelayan negara itu bersama 19 awak-awak serta dua tekong yang menceroboh perairan negeri ini. Pengarah Maritim negeri, Kapten Maritim Rahim Ramli memberitahu, bot pertama ditahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya