KOTA BHARU 30 Julai – Pemain tengah Pahang, Mohamadou Sumareh yang baharu mendapat taraf warganegara menegaskan dia sudah bersedia untuk dipanggil bagi memperkuatkan skuad Harimau Malaya. MOHAMADOU SUMAREH dalam satu aksi Liga Super menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV,Kota Bharu kelmarin. Bagaimanapun pemain kelahiran Gambia itu menyerahkan kepada jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menentukan nasibnya dalam skuad kebangsaan. “Sudah menjadi impian buat semua pemain bola sepak untuk dipanggil…










