Sukarelawan Malaysia dipercayai antara yang ditahan tentera Israel - Utusan Malaysia

Sukarelawan Malaysia dipercayai antara yang ditahan tentera Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Julai – Tentera laut Israel dipercayai telah menawan kapal flotila Al-Awda yang membawa 116 kotak ubat-ubatan ke Gaza serta 22 anak kapal termasuk seorang sukarelawan Humanitarian Care Malaysia (MyCare) dari Malaysia petang tadi.

Sukarelawan Malaysia dipercayai antara yang ditahan tentera Israel
TENTERA Israel menahan feri Al-Awda yang digunakan oleh kumpulan sukarelawan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan mendakwa melanggar undang-undang antarabangsa. – PALESTINOW.COM

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MyCare, Kamarul Zaman Shaharul Anwar, pihaknya terputus hubungan dengan wakil tunggal sukarelawan Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd Afandi Salleh selepas kapal yang dinaikinya dihampiri empat buah kapal perang Israel pukul 7.15 petang tadi di 53 batu nautika (kira-kira 110.5 kilometer) dari pesisir pantai Gaza.

“Kita telah menghubungi agensi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan peguam di Israel untuk bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan berhubung kejadian ini.

“Saya berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan Mohd. Afandi dan semua ahli misi ini agar selamat sampai ke Gaza bagi memberi bantuan bekalan ubat-ubatan kepada penduduk Palestin di sana,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN