NIZHNY NOVGOROD 3 Julai – Edinson Cavani tidak mengambil bahagian dalam sesi latihan Uruguay hari ini dan gandingannya, Luis Suarez menambah keresahkan skuad La Celeste menjelang aksi suku akhir menentang Perancis, Jumaat ini apabila mengalami kecederaan. Bintang penyerang Barcelona itu kelihatan terhincut-hincut ketika meninggalkan padang latihan di Nizhny Novgorod akibat kecederaan kaki kanan. Suarez kemudian meneruskan latihan, namun insiden itu meresahkan Ketua Jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez berharap tiada musibah baharu…










