Suami pukul isteri selepas enggan beri wang beli dadah - Utusan Malaysia

Suami pukul isteri selepas enggan beri wang beli dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Seorang lelaki tergamak bertindak menumbuk mata kanan isterinya dan memukul dengan kain pelikat beberapa kali di kepala dan tangan selepas didakwa enggan memberi wang untuk membeli dadah di rumah mereka di  Kampung Pida 3, Kodiang, dekat sini Rabu lalu.

Dalam kejadian pada pukul 9 malam itu, suspek berusia 26 tahun sebelum itu dikatakan bertengkar dengan isterinya berusia 23 tahun akibat perselisihan faham selepas suspek sering meminta wang daripadanya untuk membeli dadah.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Ismail Ibrahim berkata, pada kejadian itu, suspek dan mangsa turut berlaku pergelutan sebelum dileraikan oleh jiran mereka yang melihat kejadian berkenaan. 

Katanyam, mangsa mengalami kecederaan pada kepala, badan, tangan dan mata kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Kodiang semalam (kelmarin),” katanya di sini hari ini.

Mohd. Ismail berkata, polis yang menerima maklumat berhubung kejadian itu kemudian bertindak menahan suspek sejurus menerima laporan tersebut untuk siasatan.

“Siasatan awal mendapati punca mereka berselisih faham kerana suspek sering meminta duit kepada mangsa untuk membeli dadah.

“Selain itu, suspek juga sering memulakan pergaduhan berkaitan perkara remeh seperti meletakkan bantal di hujung katil,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN