TOKYO – Jepun mempunyai cukup plutonium untuk membina 6,000 bom atom sebagai sebahagian daripada program bahan api janakuasa nuklearnya, namun stok radioaktif tersebut dikhuatiri terdedah kepada pengganas dan bencana alam semula jadi. Semalam, perjanjian berusia beberapa dekad bersama Amerika Syarikat (AS) yang membenarkan Jepun memproses semula plutonium telah diperbaharui tetapi pakatan itu boleh ditamatkan oleh mana-mana pihak menerusi notis enam bulan. Pemprosesan semula plutonium dapat menghasilkan bahan api bebas pencemaran baharu untuk Jepun yang kurang sumber tersebut, namun saiz simpanan plutoniumnya mengundang kritikan, bahkan oleh sekutu-sekutu Tokyo sendiri. Plutonium boleh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya