KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, berkata Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kurang membebankan rakyat berbanding Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan kerajaan terdahulu. Katanya, dari segi jumlah kutipan, SST hanya memungut RM20 hingga RM25 bilion berbanding RM42 bilion pungutan GST. “Bermakna, rakyat diselamatkan sebanyak RM20 bilion kerana kita amalkan SST,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini,…










