KUALA LUMPUR – Kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi jualan dan perkhidmatan adalah dikenakan secara berasingan serta tidak boleh digabungkan menjadi 16 peratus. Ketika menjelaskan perkara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dr. Ong Kian Ming berkata, ini berikutan wujud banyak kekeliruan mengenai kadar sebenar di bawah SST dan beranggapan cukai itu mencecah 16 peratus sebagaimana yang dipercayai oleh segelintir orang awam. “Saya rasa ada banyak kekeliruan tentang isu SST ini di mana cukai jualan akan dikenakan pada kadar 10 peratus dan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus. “Kedua-dua cukai ini adalah berasingan dan tidak boleh digabungkan sekali menjadi 16 peratus,” katanya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bangi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya