SST bolehkan rakyat berbelanja lebih  - Utusan Malaysia

SST bolehkan rakyat berbelanja lebih 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September depan dilihat memberi kelebihan kepada rakyat dalam mendepani keperluan menampung sara hidup. 

Melalui cukai satu peringkat itu yang hanya perlu ditanggung oleh pengeluar atau pengilang, pengguna tidak lagi perlu membayar untuk harga ‘cukai atas cukai’ seperti yang dikenakan semasa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

SST juga hanya merangkumi 38 peratus daripada kumpulan barangan Indeks Harga Pengguna (IHP) berbanding 60 peratus yang dilaksanakan untuk GST.

Antara barangan yang tidak lagi dikenakan cukai selepas pelaksanaan SST ialah sardin, susu, kopi, teh dan sos cili.

Kementerian Kewangan memberi jaminan bahawa pelaksanaan SST yang ditambah baik kerajaan dapat mengembalikan kutipan cukai kira-kira RM23 bilion kepada rakyat serta mengurangkan beban kewangan mereka. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN