KUALA LUMPUR 26 Julai – Skuad hoki wanita akhirnya menemui rentak kemenangan dengan menewaskan Queensland Academy of Sports (QAS) 3-1 pada aksi persahabatan ketiga di Pusat Hoki Brisbane, Australia, hari ini. Skuad Malaysian Tigress itu yang sedang membuat persiapan rapi untuk Sukan Asia 2018, sebelum ini terikat 1-1 dan 2-2, menentang pasukan yang sama. Nuraini Rashid menjadi wirawati negara apabila menjaringkan dua gol, manakala satu lagi jaringan dihasilkan menerusi sentuhan…








