IPOH 18 Julai – Permasalahan ekonomi khususnya yang melibatkan jurang perbezaan pendapatan antara rakyat mampu diatasi dengan menggunakan sistem ekonomi Islam. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif International Centre for Education in Islamic Finance (Inceif), Prof. Datuk Azmi Omar berkata, selain memberi manfaat, sistem tersebut dapat mengelakkan perkara-perkara yang memberi kesan buruk kepada masyarakat, komuniti dan alam sekitar. Katanya, di negara ini kira-kira 30 peratus syarikat kewangan telah melaksanakan sistem perbankan Islam dan peratusan itu bertambah saban tahun berbanding negara lain. “Di Malaysia, kita bukan sahaja bercakap tentang pematuhan syariah, tetapi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya