BERTEMU dengan pelakon Syura Badron ketika Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Serumpun Artis di Shah Alam, Selangor baru-baru ini mencetuskan rasa kaget apabila melihat susuk tubuhnya yang kelihatan begitu kurus. Hendak dikatakan sakit, pemilik nama Zuraidah Badron, 33, itu kelihatan aktif beraksi di atas pentas menyanyikan lagu Lagi Syantik, nyanyian asal Siti Badriah. Usai persembahan, wanita berusia 33 tahun itu didekati bagi mendapatkan perkembangan terkini diri dan kerjayanya selepas tamat pertandingan Gegar Vaganza tahun lalu. KOSMO!: Kenapa Syura kelihatan terlalu kurus? SYURA: Saya akui kini ramai orang tidak mengenali saya. Saya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya