Silibus agama bantu banduan - Utusan Malaysia

Silibus agama bantu banduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG 5 Julai – Dalam membentuk ke­ku­at­an rohani dalam ka­langan banduan di negeri ini, Jabatan Penjara bertindak proaktif memperkenalkan sijil pendidikan agama yang setaraf dengan silibus pe­ngajaran agama di masjid-masjid di negeri ini.

Pengarah Penjara negeri, Datuk Ab. Basir Mohamad berkata, silibus baharu diperkenalkan itu menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila kumpulan pertama yang sedang mengikuti kursus itu lulus dalam ujian disediakan.

“Program ini dianjurkan bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan agama dalam kala­ngan­ banduan bagi menjadikan mereka insan bertakwa yang boleh menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami melihat program ini berjaya mencapai matlamat apabila ramai dalam kalangan banduan boleh menguasai ilmu agama dan kerohanian dengan baik selepas menyertainya,” katanya di sini, baru-baru ini.

Menurut Ab. Basir, program pe­ringkat sijil berkenaan yang mendapat kerjasama Yayasan Pahang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Kata beliau lagi, silibus yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di 100 buah masjid di negeri ini tersebut meliputi pengajaran dalam tafsir al-Quran, fardu ain dan fikah.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan terus memberikan tumpuan kepada pendidikan agama kerana ia adalah ramuan terbaik dalam membentuk sahsiah seseorang insan.

“Seseorang yang ditarbiahkan dengan ilmu agama dan mengamalkan ilmu itu secara istiqamah akan menghindari per­buatan terkutuk, maksiat dan kelakuan yang menyimpang daripada tatasusila serta budaya masyarakat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN