ISKANDAR PUTERI 19 Julai – Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-14 dijadual bermula 9 hingga 19 Ogos depan, kata Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat hari ini.
![]() |
|
Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat
|
Menurut Suhaizan, bagi membolehkan rakyat negeri ini mengikuti persidangan selama 11 hari itu, kerajaan negeri bercadang untuk menyiarkannya secara langsung menerusi laman sosial Facebook.
Pakatan Harapan mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 36 kerusi DUN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), manakala BN mendapat 19 kerusi dan PAS dengan satu kerusi.
Daripada 36 kerusi itu, DAP memperoleh 14 kerusi, Amanah (sembilan), PKR (lima) manakala PPBM (lapan).
Bagaimanapun, tiga ADUN BN daripada UMNO iaitu ADUN Sedili, Rasman Ithnain, ADUN Johor Lama, Rosleli Jahari dan ADUN Endau, Alwiyah Talib kemudian mengumumkan bertindak keluar UMNO dan BN pada 12 Mei dengan menjadi ADUN Bebas. – UTUSAN ONLINE










