Siapa sahaja ada hak bertanding - Utusan Malaysia

Siapa sahaja ada hak bertanding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 27 Julai – PKR negeri ini menyifatkan sesiapa sahaja mempunyai hak untuk bertanding mana-mana jawatan di dalam pemilihan parti itu bulan depan, termasuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi jawatan Presiden.

MOHAMMAD FAISOL
MOHAMMAD FAISOL

Pengerusi PKR negeri, Mohammad Faisol Abd. Rahman berkata, pihaknya berpandangan terbuka dan berharap proses pemilihan nanti berjalan dengan baik dan telus.

Katanya, Mohamed Azmin yang memiliki karisma serta telah berjaya membuktikan kewibawaan mentadbir Selangor melayakkannya untuk mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden atau bertanding bagi jawatan Presiden.

“Bagi saya, setiap pertandingan ada menang dan ada yang kalah. Kita raikan demokrasi sihat ke arah memperkukuhkan parti.

“Kita serahkan kepada Mohamed Azmin untuk membuat pilihan jawatan apa yang beliau hasrat untuk bertanding dan PKR negeri akan menyambut baik amalan demokrasi ini. Begitu juga untuk saudara Rafizi Ramli berhak memilih mana-mana jawatan untuk bertanding,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Semalam Rafizi yang juga Naib Presiden PKR mengesahkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu, bulan depan.

Manakala Mohamed Azmin sebagai penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR sehingga kini masih berteka-teki mengenai keputusan untuk bertanding dalam pemilihan PKR kali ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN