Shaw berazam dapatkan tempat musim ini - Utusan Malaysia

Shaw berazam dapatkan tempat musim ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 19 Julai – Pertahanan kiri Manchester United, Luke Shaw mahu namanya berada dalam senarai kesebelasan utama dengan dia berhasrat untuk mendapatkan kepercayaan Jose Mourinho.

Shaw berada dalam keadaan kecewa kerana terpaksa membuktikan kemampuannya di Old Trafford terutama selepas gagal mendapatkan kepercayaan Mourinho sejak dia menggantikan Louis van Gaal pada 2016.

Pemain berusia 23 tahun itu hanya memulakan aksi dalam lapan perlawanan Liga Perdana Inggeris musim lalu dan Mourinho secara terbuka mengkritik pemain itu dengan menyatakan Ashley Young merupakan pemain terbaik untuk posisi pertahanan kiri.

Dalam siri jelajah pra musim di Amerika Syarikat (AS), Shaw berazam untuk mengubah nasibnya di Manchester.

“Lima perlawanan selepas ini adalah berkaitan kecergasan, tetapi saya mahu buktikan kepada pengurus bahawa saya layak berada dalam pasukan dan tidak terhad kepada aksi ini sahaja.

“Selepas semua kembali beraksi, semua berada dalam keadaan cergas serta bersedia, saya tetap mahu mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.

“Sudah tiba masanya saya menunjukkan kepada dia untuk tempoh empat minggu akan datang mengenai kemampuan saya serta kenapa saya berhak berada dalam kesebelasan utama,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN