Shahrol kembali galas tugas penyampai radio - Utusan Malaysia

Shahrol kembali galas tugas penyampai radio

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Julai – Pelawak Shahrol Azizie Azmi bakal kembali menggalas tanggungjawab sebagai penyampai radio tidak lama lagi.

Shahrol yang merupakan anggota kumpulan Shiro memberitahu perbincangan di antara pihaknya dan stesen radio terbabit telah pun berlangsung.

“Insyallah, saya akan kembali bergelar penyampai radio di sebuah stesen di ibu kota tidak lama lagi.

“Cuma biarlah saya rahsiakan dahulu nama stesen radio tersebut. Kalau ikut perbincangan saya mungkin akan mengendalikan sebuah segmen setiap hari Isnin hingga Jumaat,” katanya.

Dalam pada itu, Shahrol bersyukur tahun ini pintu rezekinya lebih terbuka sehingga memerlukan dia berulang alik ke ibu kota dan kampung halaman di Johor.

Sebelum ini pelawak berusia 34 tahun itu selesa mengendalikan syarikat produksinya, Bushido Production yang terletak di Johor dan memilih untuk terus menetap di sana bersama keluarga.

“Alhamdulillah rezeki tahun ini banyak di Kuala Lumpur. Sekarang ini pun saya sedang sibuk dengan Super Spontan Extravaganza 2018.

“Buat sementara waktu ini saya akan menetap di Kuala Lumpur dulu dan menyelesaikan semua tugasan di ibu kota. Soal kontrak dengan stesen radio itu, bila semua dah selesai mungkin saya kena fikirkan langkah seterusnya.

“Iyalah, jarak antara Johor ke Kuala Lumpur bukannya dekat. Ditambah pula tuntutan kerja yang perlukan saya berada di konti setiap hari,” jelasnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN