Senarai barangan SST belum muktamad - Guan Eng - Utusan Malaysia

Senarai barangan SST belum muktamad – Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 20 Julai – Senarai barang dan perkhidmatan dikecualikan daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) belum dimuktamadkan sebaliknya ia masih di peringkat cadangan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pihaknya masih memerlukan maklum balas daripada orang awam untuk memasukkan atau menggugurkan barangan tertentu.

“Sungguhpun senarai yang dikeluarkan oleh JKDM hanyalah cadangan, namun Kementerian Kewangan berpandangan adalah perlu bahawa barangan mahal yang

mewah yakni ‘big-ticket items’ haruslah dikenakan SST,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Guan Eng berkata, antara barang-barang yang tersenarai untuk pengecualian adalah ‘big-ticket items’ seperti kapal terbang, kapal mewah, feri, penumpang, helikopter, kapal angkasa dan peralatan luncur salji.

Semalam Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T. Subromaniam dalam satu sidang akhbar berkata, setakat ini jabatan hanya memuat naik senarai barangan berkadar sifar peratus di dalam portal rasmi JKDM.

Senarai barangan berkadar lima dan 10 peratus akan ditentukan minggu hadapan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN