Semua mangsa terperangkap dalam gua di Thailand ditemukan selamat - Utusan Malaysia

Semua mangsa terperangkap dalam gua di Thailand ditemukan selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 2 Julai – Pasukan penyelamat memaklumkan berjaya menemukan 12 kanak-kanak lelaki dan seorang penolong jurulatih bola sepak yang hilang dalam gua Tham Luang sejak sembilan hari lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Gabenor wilayah Chiang Rai, Narongsak Osottanakorn berkata, penemuan tersebut menunjukkan kesemua mereka `masih hidup’.

“Anggota tentera laut Thailand berjaya menemukan kesemua 13 mangsa yang menunjukkan tanda-tanda masih hidup,’’ katanya kepada wartawan.

Usaha mencari dan menyelamat melibatkan pihak antarabangsa telah dilancarkan sejak mangsa dilaporkan hilang akibat terperangkap dalam gua yang dilanda banjir. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN