KUALA LUMPUR – Semua sembilan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad termasuk Pengarah Urusan, Tan Sri Azman Mokhtar meletak jawatan daripada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) itu. Khazanah Nasional menerusi satu kenyataan akhbar telah mengesahkan perkara tersebut hari ini. Kesemua sembilan ahli lembaga pengarah sudah pun mengemukan surat peletakkan jawatan mereka kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH). Menurut kenyataan akhbar berkenaan, langkah tersebut adalah untuk memudahkan cara peralihan yang lancar dan…










