Semarak ilmu di Masjid Sultan Yahya Petra - Utusan Malaysia

Semarak ilmu di Masjid Sultan Yahya Petra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG 19 Julai – Masjid Sultan Yahya Petra Machang, dekat sini, adalah masjid bandar yang aktif dengan pelbagai akti­viti keilmuan dan kemasyarakatan de­ngan penyertaan yang menggalakkan daripada khariah.

Imam I masjid berkenaan, Mohammad Hafizi Ramli berkata, program yang diselaraskan berdasarkan kepada takwim perancangan setahun berlandaskan kepada piagam pelanggan utamanya iaitu memacu masjid sebagai ‘universiti terbuka’ untuk masyarakat.

Beliau berkata, kemudahan prasarana dengan memberi fokus utama terhadap kecerian laman masjid, kemudahan tandas, perpustaaakan, tempat rehat yang secukupnya dan perkhidmatan wi-fi percuma menjadikan masjid itu sebagai lokasi kunjungan yang bukan hanya melibatkan penduduk setempat malah menggamit kehadiran musafir dalam perjalanan menggunakan laluan Machang ke pantai Barat untuk singgah beribadat dan berehat.

“Antara piagam pelanggan masjid ini ialah memastikan suara azan berkumandang tepat pada waktunya, berusaha menjadikan masjid tempat ibadat yang selesa, damai dengan prasarana yang menarik merangkumi dewan solat, bilik kuliah dan lain-lain.

“Pengurusan masjid sentiasa berusaha menyusun program-program mengimarahkan masjid dengan mengadakan kuliah-ku­liah, kelas bimbingan, program-program peristiwa bersejarah mengikut kalendar Islam seperti Maal Hijrah, Maulidur Rasul, Israk dan Mikraj, Nuzul Quran dan lain-lain,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, hari ini.

Mohammad Hafizi berkata, pihaknya juga sentiasa mengadakan hubungan kerjasama de­ngan agensi-agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan yang lain dalam mengatur program dan aktiviti sosial dalam konteks yang lebih global.

“Setiap program yang disusun dipastikan mencapai natijah memupuk semangat ukhwah. Malah, pengurusan masjid juga menga­dakan ziarah dari rumah ke rumah penduduk terutama dalam kalangan yang bermasalah untuk mengambil tahu dan bertindak membantu sedaya yang mampu.

“Masjid ini menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kepada anak mukim dalam urusan perkahwinan, pengurusan jena­zah, khidmat nasihat, kutipan zakat dan lain-lain selain daripada mematuhi peraturan serta program yang diarahkan oleh Maj­lis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) dari semasa ke semasa,” katanya.

Menurut beliau lagi, dalam usaha menampilkan fungsi masjid sebagai gedung ilmu yang mencakupi pelbagai keperluan masyarakat dan selaras dengan gelarannya sebagai universiti terbuka setiap penganjuran program adalah berfokuskan kepada usaha mendidik untuk ukhrawi dan duniawi.

Katanya, kuliah magh­rib diadakan setiap malam bagi pe­ngajian kitab Munyatul Musolli; Darus Samin (Usuluddin); ha­dis; tafsir al-Quran; bicara umum; kitab Tanbihul Ghafilin; fiqh solat dan soal jawab agama.

“Kuliah selepas solat subuh diadakan setiap hari Jumaat sementara Sabtu bagi slot tasawwuf, risalah tauhid, penawar hati dan lain-lain yang melibatkan lapan penceramah.

“Kuliah Duha diadakan setiap Isnin bermula pukul 9 pagi yang berkisar tentang Tafaqqun Fiddin selain kuliah Duha Jumaat dan kuliah sebelum solat Jumaat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN