Saya sudah lama maafkan dia - Ziana Zain - Utusan Malaysia

Saya sudah lama maafkan dia – Ziana Zain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Shah Alam 12 Julai – Mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya, penyanyi Ziana Zain akui, ketika ini dia tidak pernah menyimpan dendam ke atas apa yang berlaku.

Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zin, 50, yang sah bercerai talak satu dengan suaminya Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, sebentar tadi memberitahu, ketika ini fokusnya hanya kepada anak-anak.

“Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik. Saya tidak pernah berdendam sebab saya bukan orang yang begitu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya juga sudah lama memaafkan dia, saya doakan agar urusan dia dipermudahkan,”katanya ketika ditemui sebentar tadi Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Sukar menjelaskan apa yang dirasainya ketika ini, Ziana tidak menolak tiada yang lebih penting ketika ini semuanya sudah berakhir dengan baik.

“Saya tidak tahu mentafsirkan perasaan saya ketika ini.

“Apa pun semuanya berakhir dengan baik terima kepada mereka yang sentiasa mendoakan saya,” katanya lagi.

Penyanyi lagu Berpisah Jua ini pada 3 April lalu menfailkan tuntutan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah dan difahamkan fail tuntutan penceraian itu berkaitan penderaan mental dialaminya, nafkah dan kes dera anak mereka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×