KANGAR 5 Julai – Peluang mendekati golongan warga emas dalam program yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri baru-baru ini, sesuatu yang sukar dilupakan oleh sekumpulan remaja dan kanak-kanak dari negeri ini. Manakan tidak, seramai 64 remaja dan kanak-kanak daripada kolej vokasional, rumah anak yatim dan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) itu, bukan sahaja dapat beramah mesra dengan golongan tersebut tetapi juga dapat menyelami naluri dan perasaan mereka yang berpangkat datuk atau nenek kepada mereka itu. Program yang julung-julung kali diadakan dan dianjurkan oleh JKM negeri di Rumah Seri Kenangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya