SEPANG 24 Julai – Seramai 30 pelajar mengikuti siri jelajah terakhir Penataran Video Pendek #muhibah Utusan Malaysia-Utusan Online di Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi (SAMBBST) hari ini. Guru penyelarasnya, Tumisah Hakim berkata, pembikinan video adalah aspek penting dalam Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) dan SAMBBST tidak mahu ketinggalan untuk menyertai pertandingan yang turut disarankan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan ini. “Kita tidak tahu bakat terpendam yang ada pada…