Salah sedia hadapi musim baharu - Utusan Malaysia

Salah sedia hadapi musim baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL – Jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp yakin bahawa tonggak utamanya, Mohamed Salah kini telah kembali pulih sepenuhnya dan bersedia untuk memulakan aksi musim baharu selepas mengalami kecedera­an bahu ketika berdepan Real Madrid di pentas final Liga Juara-Juara.

Insiden yang berlaku antara Salah dan Sergio Ramos tersebut telah memberikan kelebihan buat Real menundukkan Liverpool 3-1, sekali gus berjaya melengkapkan kemena­ngan ka­­­­­li ketiga berturut-turut pasu­kan La Liga itu untuk saingan Liga Juara-Juara.

Kecederaan itu memberikan kesan kepada pemain ber­usia 26 tahun tersebut untuk ber­aksi bersama skuad kebangsaan Mesir pada Piala Dunia Rusia apabila mereka tewas 0-1 kepada Uruguay dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A serta gagal mengutip sebarang mata dalam saingan peringkat kumpulan.

Bagaimanapun Klopp mem­beritahu, Salah kini telah ­100 peratus bersedia untuk kem­bali diturunkan bersama Li­ver­pool dan juga dia turut menyertai The Reds untuk aksi pra­­musim di Amerika Sya­rikat.

“Kami sentiasa mendapatkan per­kem­bangannya dan kini Salah telah pulih sepenuhnya.

“Dia sangat serius dan tahu ke­mampuannya sangat diperlu­kan oleh pasukan. Jika belum pulih pastinya dia akan me­nyua­rakan perkara sebenar.

“Namun Salah kini kemba­li pulih sepenuhnya untuk me­mu­lakan musim baharu bulan depan yang akan bermula pada 12 Ogos.

“Situasi ini memberikan kelegaan buat pasukan untuk melihat Salah kembali bergandingan dengan Sadio Mane kerana mereka berdua sentiasa mencipta kejutan ketika beraksi di atas padang,” kata Klopp. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN