MUKADIMAH Dalam usia 15 tahun, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berkembang sejajar dengan bidang kelautan dan sains marin yang telah dipertanggungjawabkan serta menjadi bidang tujahan utama institusi terbabit. Bermula dengan Kolej Universiti Terengganu (KUT) kemudian ditukarkan kepada Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem) dan akhirnya dinamakan UMT. Universiti awam di pantai timur ini diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan serantau bagi kepakaran ilmu kelautan dan akuatik. Pelbagai usaha giat dijalankan bagi…










