RUU SST dibentang minggu depan - Utusan Malaysia

RUU SST dibentang minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Julai – Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-undang cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dalam sidang Dewan Rakyat pada minggu depan.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong (gambar) berkata, rang undang-undang bagi menggantikan cukai bara­ngan dan perkhidmatan (GST) itu akan dibentangkan secepat mungkin sebelum SST dikuatkuasakan pada 1 September ini.

Kata beliau, Kementerian Kewangan perlu mengemukakan draf rang undang-undang sebelum dimasukkan sebagai usul kerajaan dan dibentangkan di Dewan Rakyat.

“Saya tak rasa rang undang-undang SST sempat untuk dibentangkan pada minggu ini. Mungkin minggu depan, mungkin Isnin depan.

“Kita perlu bentangkan rang undang-undang tersebut sebelum SST mu­la dikuatkuasakan pa-da 1 September ini,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, Vui Keong berkata, usul bagi memansuhkan GST juga akan dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat pada minggu depan.

Ketika ditanya mengenai pe­ngumuman Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung pemansuhan Akta Ke­salahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), Vui Keong berkata, Kementerian Dalam Negeri perlu mengemukakan draf rang undang-undang tersebut untuk tindakan sete­rusnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN