Rundingan dengan Korea Utara positif - Trump - Utusan Malaysia

Rundingan dengan Korea Utara positif – Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 3 Julai – Presiden Donald Trump menegaskan rundingan dengan Korea Utara telah menunjukkan kemajuan malah beliau secara peribadi bertanggungjawab berjaya mengelak konflik dengan negara berkenaan.

Menerusi Twitter Trump berkata, banyak rundingan baik dengan Korea Utara telah dilakukan dan berjaya.

“Pada masa ini tiada pelancaran roket atau ujian nuklear dalam tempoh lapan bulan,’’ ujarnya.

Menurut beliau lagi, seluruh negara Asia merasa `seronok’ dengan perkembangan itu.

“Hanya parti pembangkang sahaja termasuk Fake News yang merungut. Jika tidak kerana saya, kita sekarang sedang berperang dengan Korea Utara!,’’ katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN