KUALA LUMPUR 2 Julai – Kementerian Hal Ehwal Ekonomi sedang menyemak semula Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dan akan dibentangkan pada 18 Oktober ini. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia merupakan sebahagian daripada Kajian Semula Separuh Penggal oleh pihak kerajaan. “Asas ekonomi Malaysia adalah kukuh dan menjadi keutamaan kami bagi memastikan pertumbuhan ekonomi sebenar,” katanya ketika berucap pada majlis pembentangan Laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya