RM2.6 bilion: Zeti dicabar bersumpah - Utusan Malaysia

RM2.6 bilion: Zeti dicabar bersumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Julai – Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dicabar bersumpah secara terbuka untuk menafikan dakwaan mengetahui tentang kemasukan dana RM2.6 bilion ke dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak.

Cabaran itu dilontarkan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang memberitahu, sebagai bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), mustahil Zeti tidak tahu wang berjumlah RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi bekas Perdana Menteri itu.

Mohd. Puad juga mendakwa, tidak munasabah Zeti tidak dimaklumkan oleh pegawainya mengenai perkara itu, sedangkan Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report boleh mengetahuinya daripada maklumat yang bocor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru, saya menuntut supaya Zeti bersumpah secara terbuka untuk membuat penafian.

“Kalau Zeti takut bersumpah, maka beliau tidak layak menjadi Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB) yang baharu kerana akan dituduh berbohong mengenai isu dana politik RM2.6 bilion,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Najib dalam wawancara eksklusif dengan portal Malaysiakini baru-baru ini mendakwa Zeti ketika menjadi Gabenor BNM menyedari mengenai RM2.6 bilion dalam akaunnya sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), tetapi tidak mempersoalkan perkara

Zeti bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN