PUTRAJAYA 6 Julai- Anak tiri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada pukul 9.50 pagi bagi menyambung keterangan berhubung kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Riza hadir ke SPRM untuk kali keempat termasuk hari ini bagi memberi keterangan kepada suruhanjaya itu, turut menemaninya adalah peguam, Datuk K. Kumaraendran.
Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Red Granite Pictures iaitu syarikat penerbitan filem Holywood dikehendaki hadir oleh SPRM sejak Selasa lalu bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Semalam, Riza memberi keterangan lebih tujuh jam kepada SPRM manakala pada Rabu selama enam jam dan sembilan jam pada Selasa.
Pengasas bersama syarikat pembikinan filem, Red Granite Pictures itu pernah dikaitkan kes 1MDB kerana didakwa menggunakan wang milik syarikat berkenaan untuk menerbitkan sebuah filem. – UTUSAN ONLINE










