PUTRAJAYA 5 Julai – Riza Aziz iaitu anak tiri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka dipanggil semula memberikan keterangan buat kali keempat esok bagi membantu siasatan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Menurut sumber, Riza, 48, yang dipanggil untuk kali ketiga hari ini dijangka selesai memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 9 malam ini. Terdahulu, Riza yang tiba di ibu pejabat SPRM…










