KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini, seiring dengan prestasi mata wang negara sedang pesat membangun Asia akibat ketegangan disebabkan oleh pertikaian perdagangan, kata Ketua Dagangan Asia Pasifik Oanda, Stephen Innes. Pada pukul 9 pagi, ringgit disebut pada 4.0570/0600 berbanding dolar AS daripada paras 4.0550/0600 sewaktu ditutup semalam. “Kalangan peniaga tempatan masih menunggu petunjuk daripada pihak Bank of Japan dan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan Amerika…










