Ringgit dibuka mengukuh berbanding Dolar AS - Utusan Malaysia

Ringgit dibuka mengukuh berbanding Dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan minat pelabur terhadap risiko kembali pulih susulan kenaikan harga minyak mentah.

Pada 9 pagi ini ringgit disebut harga pada paras 4.0550/0600 berbanding dolar AS daripada 4.0570/0610 sewaktu ditutup semalam. 

Seorang  peniaga berkata sentimen pasaran  juga bertambah baik susulan jaminan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) Jerome Powell membabitkan pendekatan yang lebih berperingkat dalam usaha menaikkan kadar faedah.

“Sentimen berkaitan risiko akibatnya telah mendorong pelabur untuk melabur dalam aset yang lebih berisiko seperti pasaran saham yang pada akhirnya mengukuhkan lagi mata  wang tempatan.

“Selain itu, harga minyak mentah yang lebih tinggi dengan penanda aras global, Brent meningkat kepada AS$72.99 setong pada hari ini, turut menyokong prestasi ringgit memandangkan kedudukan Malaysia sebagai pengeksport bersih minyak dan gas,” katanya. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN