TEHRAN 8 Julai – Seorang remaja ditahan selepas memuat naik video dirinya sedang menari di laman Instagram dan menarik puluhan ribu pengikut.
Menerusi siaran televisyen tempatan, remaja terbabit, Maedeh Hojabri, 18, didapati melanggar norma moral di negara itu.
Walau bagaimanapun, dia menegaskan itu bukan niatnya ketika memuat naik video tersebut.
Maedeh telah memuat naik kira-kira 300 video tariannya dalam Instagram.
Malahan, remaja terbabit turut tampil dalam video berkenaan tanpa memakai tudung.
Sehingga kini, Maedeh mempunyai kira-kira 43,000 pengikut di laman Instagram miliknya.
Polis Iran berkata, mereka bercadang untuk menutup semua akaun Instagram yang mempunyai unsur pelanggaran norma moral dan badan kehakiman turut mempertimbangkan menyekat akses kepada laman berkenaan.
Iran sebelum ini telah menyekat Facebook, Twitter dan laman sosial lain di negara terbabit. – AP











