JAKARTA 30 Julai – Dianggarkan beratus-ratus pendaki terkandas di Gunung Rinjani, sehari selepas pulau Lombok dilanda gempa bumi sekuat 6,4 Richter yang setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang termasuk seorang rakyat Malaysia. Jurucakap Agensi Pencegahan Bencana Indonesia, Sutopo Nughoro berkata, terdapat seramai 820 pendaki di atas Rinjani dan 246 daripadanya berjaya dibawa turun. Katanya, seramai 617 pendaki merupakan warga asing, selain dua laluan di sekitar Rinjani juga musnah akibat gempa…









