Raja Perempuan Perlis raikan para delegasi sempena Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri - Utusan Malaysia

Raja Perempuan Perlis raikan para delegasi sempena Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 1 Julai – Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat bercemar duli meraikan para delegasi yang menghadiri Persidangan Pesuruhjaya dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2018 dalam satu majlis santapan malam di Istana Arau, kelmarin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antara tetamu Diraja yang berangkat hadir ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Yang turut hadir, para Yang DiPertua serta perwakilan Persatuan Pandu Puteri cawangan-cawangan daripada semua negeri yang menyertai persidangan yang diadakan di Dewan Warisan, Kangar semalam.

Dalam pada itu, ketika bertitah, Tengku Fauziah mengalu-alukan kehadiran tetamu Diraja dan juga para perwakilan ke Perlis selain berharap hubungan silatulrahim yang dipupuk terus berkekalan.

Selain itu, Tengku Fauziah turut mengucapkan tahniah kepada seluruh kepimpinan dan juga warga Persatuan Pandu Puteri Malaysia cawangan Perlis yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan pada tetamu yang hadir berada dalam keadaan selesa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN