Raja Muda Selangor sah Presiden FAS yang baharu - Utusan Malaysia

Raja Muda Selangor sah Presiden FAS yang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dilantik sebagai Presiden baru Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pada Kongres Luar Biasa FAS yang berlangsung di sini hari ini.  

Beliau menggantikan Datuk Seri Subahan Kamal yang melepaskan jawatan itu untuk memberi lebih  tumpuan kepada Persekutuan Hoki Malaysia (MHC) selaku Presidennya dan juga Persatuan Bolasepak  Malaysia (FAM) sebagai Timbalan Presiden.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Tengku Amir Shah mengucapkan terima kasih kepada badan-badan gabungan FAS dan peminat kerana memberi sokongan kepada beliau untuk menerajui FAS.

Beliau berikrar untuk membawa pembaharuan kepada persatuan itu agar dapat menunjukkan prestasi  lebih cemerlang  dalam Liga Malaysia.

Tengku Amir berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat exco FAS dalam seminggu ini untuk membincangkan cara menambah baik struktur persatuan itu.

Beliau menyeru para peminat Red Giants hadir memenuhi  Stadium Nasional di Bukit Jalil  untuk  menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara Selangor dengan Pahang Sabtu ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN