SHAH ALAM – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dilantik sebagai Presiden baru Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pada Kongres Luar Biasa FAS yang berlangsung di sini hari ini. Beliau menggantikan Datuk Seri Subahan Kamal yang melepaskan jawatan itu untuk memberi lebih tumpuan kepada Persekutuan Hoki Malaysia (MHC) selaku Presidennya dan juga Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai Timbalan Presiden. Bercakap kepada pemberita kemudian, Tengku Amir Shah mengucapkan terima kasih kepada badan-badan gabungan FAS dan peminat kerana memberi sokongan kepada beliau untuk menerajui FAS. Beliau berikrar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya