Rais: Bukankah soal disiplin sekolah lebih mustahak? - Utusan Malaysia

Rais: Bukankah soal disiplin sekolah lebih mustahak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Julai – Keputusan Kementerian Pendidikan untuk membenarkan pelajar sekolah memakai kasut berwarna hitam mulai tahun depan mendapat teguran tokoh sosio budaya, Tan Sri Dr. Rais Yatim dalam Twitter beliau hari ini.

Menerusi laman sosial itu, beliau berpendapat, selain daripada soal kasut berwarna hitam, bukankah Kementerian Pendidikan sewajarnya lebih menitikberatkan soal disiplin pelajar.

“Apa pentingnya murid seluruh negara tukar kasut warna hitam. Tak ada hal ehwal yang lebih pentingkah.

“Bukankah soal disiplin sekolah lebih mustahak? Bukan kasut hitam,” katanya, hari ini.

Semalam, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengumumkan semua pelajar sekolah tidak lagi perlu memakai kasut berwarna putih, sebaliknya ia ditukar kepada warna hitam.

Rais juga secara sinis berkata bahawa keputusan tersebut akan menggembirakan pemilik gudang kasut.

“Gudang kasut tentu gembira, tujuh juta murid, sudah tentu berdepan dengan ekonomi RM350 juta hingga RM400 juta,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN