KUALA LUMPUR 3 Julai – Purata gaji profesional teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di negara ini meningkat sebanyak lima peratus kepada RM8,908 pada 2017 berbanding RM8,484 pada 2016. Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (Pikom), Woon Tai Hai berkata, ia disifatkan satu trend peningkatan yang baik dalam kalangan negara ASEAN. “Jumlah pekerjaan profesional ICT yang diiklankan juga meningkat sebanyak 35 peratus kepada 15,197 pada 2017,” katanya ketika membentangkan Tinjauan…










